Dewasa
ini, industri akuakultur masih berada di takuk yang lama di mana
penggunaan pengurusan dan teknologi dalam industri masih menggunakan
kaedah yang konvesional.Memanfaatkan teknologi semasa dan terkini ,
inovasi ini mampu untuk menaik taraf sistem pematauan dan sokongan bagi
Asid dan Alkali untuk penternak udang ke satu tahap yang lebih baik.
Dimana, produk ini mampu memberikan sokongan dan pemantaun yang lebih
optimum kepada pH air .Menggunakan teknologi terkini, produk ini mampu
untuk meneutralkan pH air yang mengandungi tahap asid dan alkali yang
tidak selamat kepada tahap yang sesuai bagi kehidupan udang
Kanvas Model Perniagaan - Monitoring
PERJALANAN PENUBUHAN
Produk sokongan dan
pemantauan yang dikeluarkan bagi membantu industri akuakultur khususnya di
Malaysia begitu konservatif dan tradisional.
Memanfaatkan teknologi sedia
ada, dengan beberapa penambahbaikan, projek ini telah di bangunkan bagi
mengatasi kelemahan kaedah tradisional yang menggunakan indikasi perubahan
warna (larutan kimia) di dalam menentukan kadar pH kolam ternakan udang. Penambahbaikkan telah
di lakukan melalui pengatucaraan sistem pengawalan kualiti air untuk memantau
tahap keasidan dan kealkalian kolam ternakan udang. Ia akan di jadikan sebagai
sistem sokongan automatik bagi menambahbaik sistem yang sedia ada sekarang
mengawal kualiti persekitaran yang optimum untuk ternakan udang.
Sistem yang di bangunkan ini
akan membantu penternak daripada kerugian besar, kerana ternakan udang begitu
sensitif terhadap kualiti air.. Alat ini memberi amaran melalui sistem buzzer
secara 24jam sehari, 7 hari seminggu dan 365hari setahun (24/7/365).