(RINGKASAN EKSEKUTIF)
2.0 Idea Perniagaan
Produk ini merupakan sebuah system yang dicipta bagi megawasi dan mengawal kadar pH air didalam tangki atau kolam secara automatik. Ciptaan atau produk ini disasarkan kepada golongan penternak ikan atau haiwan akuatik yang menggunakan kolam atau tangki.
2.2 Keunikan tentang idea perniagaan
Keunikan produk ini adalah ianya mampu untuk berfungsi secara automatik bagi memantau dan megawal kadar pH tanpa pengawasan manusia. Produk ini juga mampu untuk memberikan bacaan pH air secara 24/7.
2.3Apa yang menarik tentang idea perniagaan ini
I. Pasaran
*Keluasan pasaran bagi produk ini adalah seluruh Malaysia dan pengguna yang disasarkan adalah pengguna yang mengusahakan industri aquakultur seperti penternakan ikan dan udang di dalam kolam atau tangki. Produk ini dijangka akan berjaya untuk menarik pengguna yang disasarkan kerana mampu membantu pengguna yang disasarkan menjimatkan kos dan dapat mengelakan berlakunya kerugian.
II. Daya saing
*Mengikut kajian , produk yang dipasarkan berjaya sepenuhnya. Hal ini kerana produk ini mampu untuk menyelesai masalah yang dihadapi oleh penternak. Produk ini juga mengaplikasikan sistem teknologi yang terkini.
III. Pendapatan yang dicapai
*Pulangan pendapatan utama adalah hasil keuntungan dari jualan produk .
Tambahan lagi, pulangan pendapatan juga dapat diperoleh dari perkhidmatan penyelengaraan dan khidmat sewaan produk bagi pelangaan yang ingin mencuba .
IV. Modal Insan
*Kami mempunyai 4 ahli yang berupaya untuk membuat pemasangan , pemasaran , dan pemograman system.
V. Modal
*Jumplah modal yang diperlukan bagi 1000 unit pertama adalah berjumlah RM 300,000.00
No comments:
Post a Comment