ANALISIS INDUSTRI

4.0 Kelebihan Industri disasarkan
Buat masa sekarang pesaing yang terdekat bagi industry ini adalah penggunaan alat pengesan pH air secara digital dan menggunakan indikasi warna. Dari segi harga produk pesaing adalah lebih murah namun dari segi fungsi dan kelebihan produk kami berupaya untuk memberi lebih manfaat kepada pengguna. Pesaing mempromosikan produk melalui penjualan online dan kedai-kedai. Namun produk ciptaan kami dijangka mampu untuk bersaing dalam industri ini melalui pemasaran dan pengiklanan secara online dan melalui agensi kerajaan seperti Jabatan perikanan dan LKIM.

4.1 Halangan untuk menembusi pasaran
Terdapat beberapa halangan yang harus diatasi untuk produk ini menembusi pasaran , antaranya ialah dari kesukaran teknologi , kerana penggunaan teknologi yang canggih dalam produk ini sukar untuk difahami pengguna. Tambahan lagi, pengguna lebih suka menjurus kepada teknik yang lama dalam mengawasi dan mengawal kadar pH air iaitu secara manual. Namun , halangan ini dapat diatasi dengan melalui penyertaan dalam expo atau pameran produk bagi mendedahkan pengguna terhadap kelebihan produk kami.

4.2 Anggaran Saiz Pasaran (unit dah harga)
Pada permulaan perniagaan , anggaran pada saiz pasaran adalah sebanyak 1000 unit sahaja . Hal ini kerana risiko yang perlu diatasi adalah tinggi bagi memasarkan produk baru. Dari segi harga pula, 1 unit produk yang dijual bernilai RM 450 sahaja.




No comments:

Post a Comment