AHLI PENGURUSAN




8.2) Fungsi dan tanggungjawab.
            I) Presiden / Penasihat
            Presiden merupakan jawatan yang paling utama dalam carta sesebuah             organisasi dan bertanggungjawab dalam segala aspek pengurusan dan    pentadbiran perniagaan agar berjalan lancar mengikut jadual yang dirancang.            Ia juga merancang peruntukan perbelanjaan perniagaan dan memastikan pekerja-pekerja membuat kerja mengikut standard (SOP) untuk memastikan      layanan terhadap pelanggan memuaskan. Di samping itu, kebajikan pekerja        perlu dijaga agar mewujudkan persekitaran yang sihat dan meningkatkan      prestasi kerja dikalangan mereka.
            II) Pengurus Pemasaran
            Pengurus pemasaran ini hendaklah memastikan setiap pelanggan berpuas     hati, bertanggungjawab dan berusaha mencari peluang pemasaran dan mesra        pelanggan secara interaksi juga dengan pembekal supaya dapat harga yang berpatutan. Pengurus pemasaran juga perlu merancang pelan pemasaran      bagi menjamin perkhidmatan berjalan lancar dan teratur.
            III) Pengurus Kewangan
Pengurus kewangan bertanggungjawab dalam segala aspek kewangan seperti melibatkan pembelian bekalan dan kawalan stok operasi, menyediakan bajet dan keperluan kewangan dan mengenal pasti sumber kewangan serta mengawal kewangan perniagaan, menganalisa dan melaporkan prestasi kewangan.
            IV) Pengurus teknikal
            Pengurus teknikal pula berupaya mengaplikasikan pengetahuan & kepakaran            khusus berkaitan dengan proses kerja, peraturan & sumber tertentu dalam           menyelesaikan aktiviti yang menjadi sebahagian tugas. Selain itu, pengurus        teknikal juga haruslah membuat keputusan dan mengurus masa dengan   sebaiknya.


            V) Pengurus logistik
Pengurus logistik merujuk kepada pengurusan produk akhir organisasi yang melibatkan aktiviti penyimpanan. Tugas pengurus logistik pula adalah untuk mengendalikan keseluruhan sistem saluran pengagihan fizikal. Selain itu,     tugas mereka juga adalah menyediakan perkhidmatan pergudangan dan     memproses pesanan yang diterima dengan tepat dan cepat.

No comments:

Post a Comment