6.0 ANALISIS PERSAINGAN
6.1
Persaingan
Umumnya, setiap perniagaan sememangnya wujud
persaingan di kalangan peniaga. Antara persaingan yang ketara di dalam pasaran
produk ini ialah penggunaan alat pengukur pH secara digital dan indikasi pH
berwarna yand digunakan penternak.
Untuk masa yang akan datang pula,
syarikat-syarikat yang sedia pasti mengeluarkan produk yang sama fungsi
memandangkan terdapat permintaan tinggi terhadap produk yang sedang
diketengahkan ini.
Memandangkan produk ini merupakan salah cipataan
yang menjadi kepentingan buat pengusaha industri akuakultur sekarang, sudah
tentu syarikat-syarikat yang ada akanberlumba-lumba untuk bersaing dalam memenuhi
permintaan pengusaha-pengusaha industry akukultur.
6.2
Strategi pemasaran
Sebagai pelanggan yang bijak, sudah tentu
mereka melihat produk yang tinggi kualiti dan juga memilih produk yang
mempunyai kelebihan yang tersendiri. Namun, sesetengah pelanggan menitik
beratkan harga jualan produk berbanding kualiti.
Pengguna akan memilih produk yang memberi
mereka kepercayaan dan tahap yang terbaik serta produk yang memberikan kebaikan
ketika menggunakannya.
Namun pesaing mengetengahkan harga yang murah
namun dengan fungsi yang kurang sebagai strategi pemasaran mereka untuk menarik
minat pembeli.
6.3 Kelebihan dan kelemahan persaingan
Untuk memastikan kemasukan pasaran, idea yang
diketengahkan haruslah menepati ciri-ciri kehendak pelanggan kerana ini kerana
memberi kesan yang ketara dari segi bahagian pemasaran.
Bagi meyakinkan lagi pelanggan untuk memilih
produk yang dijual, teknik pemasaran haruslah dititik beratkan supaya pelanggan
membuat keputusan membeli produk yang ingin dipasarkan.
Kekuatan kunci persaingan adalah menjadi
faktor untuk berjaya dalam pasaran kerana ini memberi kesan yang ketara
terhadap produk yang sedang membangun dalam pemasaran.
Kekuatan yang ada pada produk semasa adalah
mereka sentiasa mengekalkan kualiti produk mereka bagi memuaskan hati
pelanggan. Di samping itu, mereka juga memberi pelbagai kepercayaan terhadap
pelanggan jika terus menggunakan produk mereka.
Faktor-faktor kelemahan pula adalah
kebanyakan syarikat mempamerkan produk yang sama fungsinya. Hal ini membuatkan pelanggan
berada di dalam kelompok yang sama bagi memilih produk yang dipasarkan.
6.4
Faktor dalaman
Kepakaran yang kritikal diperlukan dalam
syarikat ini adalah dari segi pengurusan kerana semua ahli syarikat berlatar
belakangkan teknikal .Kepakaran yang penting yang perlu dimiliki syarikat
adalah teknikal kerana ianya amat penting bagi produk kerana produk mungkin
mengalami masalah teknikal dan perlukan
6.5
Sumber
Secara kasarnya, anggaran sebanyak RM300 000
bagi modal permulaan untuk menjalankan idea perniagaan ini . Jika modal kasar
tidak mencukupi, sumber kewangan tambahan sebanyak RM30000 perlulah
dilaksanakan agar idea perniagaan ini dapat dijalankan sebaiknya.
Sedia maklum, sumber fizikal seperti pejabat,
peralatan lengkap, tempat strategik amatlah penting bagi membina tempat yang
sesuai untuk menjalankan kerja-kerja produk yang dilaksanakan. Oleh itu,
tempat-tempat seperti ini perlulah dititikberatkan bagi memudahkan lagi
pemasaran produk yang dicipta.
6.6
Faktor persekitaran
Secara amnya, produk yang ingin di pasarkan
adalah sah dan tidak melanggar undang-undang di Malaysia. Oleh yang demikian,
produk ini seharusnya mendapat sokongan agensi yang berkaitan bagi melancarkan
pemasaran produk ini.
Dari segi ekonomi pula, dengan adanya produk
seperti ini, ia dapat membantu meningkatkan ekonomi negara dengan mensasarkan
produk ini ke peringkat global. Selain itu, ia juga meningkatkan lagi keyakinan
pengguna untuk terus menggunakan produk ini.
Berbeza pula dari segi sosial dan budaya,
dengan adanya produk-produk seperti ini, ia dapat mengubah cara amalan
penternak akuakultur dia Malaysia kearah memperkasakan teknologi dalam kegiatan
akuakultur.
Bagi faktor teknologi pula, penciptaan dan
pembaharuan baru dapat dihasilkan . Selain itu, kadar teknologi di negara kita
semakin maju dengan adanya produk seperti ini diketengahkan.
Umumnya, idea perniagaan seperti mengambil
masa yang lama bagi menjayakannya dengan sebaiknya. Ini keran ia mengambil masa
lama bagi meyakinkan pengguna tentang produk yang di war-warkan.
6.7
Pembekal
Pembekal memainkan peranan yang sangat
penting dalam perniagaan kerana
pengeluaran akan tergendala jika bekalan komponen terjejas. Oleh itu , adalah
sangat penting bagi syarikat untuk
menyediakan jalan alternatif yang lain
seperti menjalinkan hubungan dengan
pembekal-pembekal yang lain bagi mengelakan bekalan terputus.
No comments:
Post a Comment