Monday, 11 April 2016

PENGENALAN

Dewasa ini, industri akuakultur masih berada di takuk yang lama di mana penggunaan pengurusan dan teknologi dalam industri masih menggunakan kaedah yang konvesional.Memanfaatkan teknologi semasa dan terkini , inovasi ini mampu untuk menaik taraf sistem pematauan dan sokongan bagi Asid dan Alkali untuk penternak udang ke satu tahap yang lebih baik. Dimana, produk ini mampu memberikan sokongan dan pemantaun yang lebih optimum kepada pH air .Menggunakan teknologi terkini, produk ini mampu untuk meneutralkan pH air yang mengandungi tahap asid dan alkali yang tidak selamat kepada tahap yang sesuai bagi kehidupan udang


Kanvas Model Perniagaan - Monitoring

PERJALANAN PENUBUHAN
Produk sokongan dan pemantauan yang dikeluarkan bagi membantu industri akuakultur khususnya di Malaysia begitu konservatif dan tradisional.
Memanfaatkan teknologi sedia ada, dengan beberapa penambahbaikan, projek ini telah di bangunkan bagi mengatasi kelemahan kaedah tradisional yang menggunakan indikasi perubahan warna (larutan kimia) di dalam menentukan kadar pH  kolam ternakan udang. Penambahbaikkan telah di lakukan melalui pengatucaraan sistem pengawalan kualiti air untuk memantau tahap keasidan dan kealkalian kolam ternakan udang. Ia akan di jadikan sebagai sistem sokongan automatik bagi menambahbaik sistem yang sedia ada sekarang mengawal kualiti persekitaran yang optimum untuk ternakan udang.

Sistem yang di bangunkan ini akan membantu penternak daripada kerugian besar, kerana ternakan udang begitu sensitif terhadap kualiti air.. Alat ini memberi amaran melalui sistem buzzer secara 24jam sehari, 7 hari seminggu dan 365hari setahun (24/7/365).